Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 26, 2014

Assalamualaikum..
Macammana laaa..dia boleh lepas bawak balik mai rumah benda yang bahaya lagu tu...
Ishhhh...berani tak bertempat sungguh aihhhh...
Keadaan belakang kawasan rumah yang terlibat dengan kejadian letupan di Taman Ria Mesra 2, Gurun Kedah, petang semalam. - Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Polis percaya anggota tentera yang terkorban dalam letupan bom di Gurun, Kedah semalam ada menyimpan sejenis bom di rumah dan menurut cakap-cakap dibawa balik dari kem tempat mangsa bekerja.

Impak letupan berkenaan telah menyebabkan anggota itu, Ayub Hashim, 37, tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan ia disiasati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

Selain Allahyarham Ayub, seorang anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayub, 8 dan anak lelakinya Mohd Idham Shahmi, 5, turut meninggal dunia.

Difahamkan isteri Ayub Sharifah Haslinda, 37, dan isteri kepada jiran mangsa, Zuraidah Mat Rotbi, 30 cedera parah.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani termasuk ketiga-tiga jenazah mangsa.

Letupan kuat itu turut mengakibatkan 10 buah rumah berhampiran rosak teruk manakala 34 lagi mengalami kerosakan kecil akibat gegaran selain dua kereta turut musnah.

Di aplikasi bual Whatsapp, dilaporkan sudah mula tersebar dakwaan bahawa kes itu disebabkan oleh beberapa butir bom mortar yang dibawa balik oleh mangsa ke rumah dari tempat kerjanya di Kem Hobart di Gurun.

LetupanKedah_2
LetupanKedah_3
LetupanKedah_4
Letupan tercetus apabila ada percikan api terhasil ketika Ayub menggergaji sebutir daripada bom mortar itu sehingga ia menyambar serbuk letupan dalam bom itu sekaligus menyebabkan ia meledak.

Difahamkan ia turut menyebabkan baki bom yang lain meletup.

Dakwaan lain, mangsa membawa balik bom-bom mortar berkenaan dengan meletakkannya di dalam but kereta bagi mengambil kelonsongnya yang diperbuat dari tembaga untuk dijual.

Polis Kedah dijangka akan mengadakan sidang media dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu hari ini.

Sumber...http://mynewshub.cc/2014/12/25/letupan-di-gurun-mangsa-bawa-balik-bom-mortar-dari-kem/

1 comment:

  1. yg sedihnya, wife arwah yg koma skang ni pregnant. janin nyer da pun selamat dikeluarkan. tak dpt diselamatkan :( sedih!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails