Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, December 16, 2014

Astagfirullah hal azim....


Assalamualaikum...

Astagfirullah hal azim....bila tengok gambar ni macam2 Kak Ros rasa..sedih ada...kesian ada...marah pun ada...
Ingat lah adik2,..anak2 perempuan kat luar sana..apa yang kita tengok ni ambik lah sebagai satu pengajaran buat kita..

Kak Ros tak tau lah apa masaalahnya perempuan yang kat dalam gambar ni..tapi kalau lah ni semua terjadi sebab ketelanjuran dia..wajiblah dia bertaubat dan kita semua haruslah membantunya..

Pikirlah wahai semua wanita...(peringatan buat diri Kak Ros jugak nih)...pertama sekali takutlah dengan Allah...kedua apabila terjadinya macam ni hanya wanita seorang saja yang akan menanggung segala galanya..dari mengandung..menanggung malu hinggalah melahirkan..kalau tersilap langkah kedua2 nyawa akan melayang...

Mana perginya pasangan kita..?...langsung tak nampak batang hidung...


TEMERLOH – Seorang wanita berjaya ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri dan meninggalkan bayi yang baru lahir dalam semak di bandar ini, pagi tadi.

Wanita yang berusia lingkungan 20-an itu berjaya dihalang dari cuba melarikan diri setelah melahirkan bayinya dalam semak.

Wanita itu dikatakan cuba bersalin sendiri di dalam semak menyebabkan banyak tumpah darah.

Menurut sumber, wanita terbabit enggan bersalin dan mendapatkan rawatan di hospital kerana takut rahsianya terbongkar. Ketakutannya itu memaksa dirinya mengambil tindakan drastik sehingga membahayakan nyawa diri dan bayinya.

Si ibu dan bayi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

7 comments:

  1. Astaghfirullah.... moga pintu taubat masih terbuka buat remaja itu ye Ros
    Sedih dgn apa yg terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie..

      Ya..kalau dia bersalah semoga dia mendapat hidayah dari Allah...kesian anak yang tak berdosa..dah la dilahirkan diatas rumput..pastu nak ditinggalkan pulak..

      Delete
  2. astaghfirullah.... sampai mcmtu sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum norhidana..

      Tu la kan norhidana...yang menanggungnya adalah perempuan tu sendiri...kesian jugak Kak Ros tengok...

      Delete
  3. Astaghfirullah..Nauzubillah min zalik..
    moga mereka mendapat hidayah dari Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum nita..

      Ya... semoga depa mendapat hidayah dari Allah SWT...

      Delete
  4. Bila tiada keimanan di dalam diri.....:(
    Moga Allah memberi hidayah agar pulang ke pangkal jalan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails