Sahabat adalah perisai diri

Thursday, December 18, 2014

Terpaksa demi selamatkan suami..


Assalamualaikum...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...bersyukur pada Allah.. kita tak diberi dugaan yang macam ni...

Semoga suaminya cepat sembuh..,semoga dia tabah menghadapinya dan semoga Allah permudahkan segala galanya..

.

Fuzhou: Seorang wanita cuba menjual bayi perempuannya di jalan raya dalam usaha mengumpul wang untuk membayar kos rawatan suaminya yang cedera parah.

Wanita berkenaan, Ni Qiong, dilihat melutut berhampiran perhentian bas sebuah hospital di sini sambil memegang poster kecil berbunyi: "Saya ingin jual anak saya: Majikan menghilangkan diri selepas suami saya cedera ketika bekerja. Kami tidak mampu membayar kos rawatan. Saya berharap untuk menjual anak saya untuk menyelamatkan bapanya."

Orang ramai yang lalu-lalang di depannya memberinya wang. Ada juga yang memberinya makanan, tetapi Ni masih menangis sambil menggendong bayi itu di belakangnya sementara dua lagi anak perempuannya berdiri berhampiran.

Suaminya, Zhou Guixing jatuh dari bangunan tiga tingkat ketika bekerja Khamis lalu.

Majikannya memberikannya wang berjumlah 7,000 yuan (RM3,940) sebelum menghilangkan diri.

Sumber...http://www.hmetro.com.my/node/17006

6 comments:

  1. kt china mmg lain skit kot, mentaliti org sana, jns yg tak amik tau psl org lain kot.... takde ke tabung kebajikan ke ngo ke yg blh tlg... takde socso ke epf ke insuran ke utk yg bekerja... ni pakai jual2 anak gitu... aduhla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum norhidana..

      Teruk betoi undang2 kat sana kan...tak dak perikemanusiaan langsung...mujur negara kita tak dak undang2 macam tu...kesian Kak Ros tengok..

      Delete
  2. Dahsyat undang-undang di sana kan.
    Kalau di Malaysia ada insurance atau kalau kerja mesti ada SOCSO, kesiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie..

      Betoi tu Kakzakie...kalau ada yang ditimpa musibah kat sana..tak dak sapa pun yang nak tolong..alasannya.. takut orang yang tolong tu nanti kena tanggung masaalah..apa punya undang2 pun tak tau lah...

      Delete
  3. KESIANNYA KAK ROS SAMPAI KENA JUAL ANAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mayang..


      Tu laaaa Mayang...sedih Kak Ros tengok..dia terpaksa pilih antara anak dengan suami..dua2 insan yang tersayang kan Mayang....

      Delete

Related Posts with Thumbnails