Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 16, 2014

Menantu Oh Menantu...

Assalamualaikum..,
Semoga semua rakan2 dan pembaca2 kat sini sihat dah dirahmati Allah selalu...mai kita layan sat cerita ni semoga kita semua ceria sepanjang hari...

kat baling ada satu famili...


famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.satu
hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu
depan dia.tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang
dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang
terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada...

ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar
..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap
kat bapak dia tu sebab dia ribakan.dia gabra jugak...pastu
bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...mak dia suruh lagi...dh
gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia
dan dia pun cakap...

"MA ROBBUKA...."""terkejut bini n mak mertua dia..tiba2 ayah
mertua dia sedar dan terus sound..

"OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""sambil ayah mertua dia tu
urut2 dada dia..sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal
..dia dah jadi malaikat..akekeke..


Wednesday, January 15, 2014

Zaman Semakin Gila..

Assalamualaikum,
Terkejut Kak Ros baca berita ni.. ishhhh....betoi2 membimbang kan...gila ka apa sampai budak2 pun depa nak rompak..apa laaa..yang ada dekat budak2 ni..kalau ada duit pun berapa lah sangat kan..

ANGGOTA polis menahan lelaki yang cuba merompak dua beradik.

Kuching: “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.

“Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu.

“Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak.

DUA beradik ditenangkan selepas ketakutan disamun dua lelaki.

“Hati saya geram dan sebab itu saya terus memecut kenderaan untuk mengejar suspek. Ketika itu, suspek berlari selepas ditinggalkan rakannya.

Sumber.....http://www.hmetro.com.my/

Related Posts with Thumbnails