Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, May 28, 2014

Kertas Apa Yang Mahal Sangat Nih...?

Assalamualaikum..

Tak tau lah Kak Ros apa yang seninya dan apa yang istimewa sangat dengan cebisan kertas tu sampai depa sanggup habiskan puluhan ribu ringgit semata mata nak dapatkan nya...

Ya la..pemikiran manusia ni berbagai bagai kan..? ada yang nampak objek tu seni,kreatif.cantik dan sebagainya lah....kalau tak.. tak kan depa sanggup nak beli dengan harga yang mahal macam tu..lain lah macam Kak Ros ni.. tak tau langsung nak tengok tang mana yang hebatnya  kertas tu he he...


KEPINGAN kertas yang tercatat perkataan ‘The’ dibida hingga RM30,000.

Canberra: Lelongan secebis kertas dengan perkataan ‘The’ saja di eBay Australia menarik sekurang-kurang 44 bidaan hingga mencecah $9,320 (RM30,000).

Menurut ebay, lelongan bermula pada 22 Mei dengan harga serendah $0.99 (RM3.20).

Pada awalnya pembida meletakkan harga sebanyak beberapa dollar, tetapi keadaan bertukar menjadi ‘hangat.’

Tiga hari selepas lelongan bermula, tawaran mula mencecah sehingga ribuan dolar. - Agensi


Saturday, May 24, 2014

Bahaya Sangat Nihhh...

Assalamualaikum...

Ishhh...betoi ka kejadian ni..dekat Malaysia kah ni ? kalau lah betoi memang amat-amat menyedihkan...negara kita ni kan ka dah maju.. macam-macam benda yang canggih dah lani..tapi sayangnya masih ada lagi tempat-tempat ngeri dan bahaya macam ni yang terpaksa rakyat kena hadapi setiap hari..

Dengar kata yang baju merah dalam bulatan tu terjatuh kedalam sungai dengan motor dia sekali..mujur lah dapat diselamat kan..

Risau Kak Ros tengok..bayangkan lah anak2,adik2, abang2,kakak2..suami isteri mak dan ayah kita kat situ..nyawa depa jadi taruhan..harapan Kak Ros semoga semua ni cepat lah berakhir sebelum kejadian2 yang tak diingini berlaku..


Related Posts with Thumbnails