Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, December 31, 2014

Semua kita pasti akan laluinya...

Assalamualaikum...

Hidup kita diatas dunia ni tak kekal..hanya sementara...apa yang ada diatas dunia ni semuanya hanyalah bersifat sementara ja..yang kekal hanyalah Allah SWT....
Janganlah kita lalai..leka dengan dunia yang penuh dengan segala cubaan ni...perbanyakkan lah ingatan kita pada Yang Satu....
peringatan buat diri Kak Ros jugak ....

gambar dari google

Malam Pertama 

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bahagian perut dan kemaluan..
Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yg anak cucu Adam saling
menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan dan alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia,
manusia hanya akan memiliki 1 warna sahaja..

Malam Kedua

Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati dan paru2
akan mula membusuk..

Hari Ketiga 

Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg
busuk..

Setelah Seminggu

Wajah dan mata mula membengkak..

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2
tubuh..

Setelah 2 Minggu 

Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5
km dan ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan 

Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka sahaja..

Setelah 25 Tahun 

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam
biji dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu
tulang yg sangat kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh
ALLAH SWT pada hari kiamat..
Sahabat2 yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg
selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengan nya..
Oleh kerana itu, jangan biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu
taman dari taman2 syurga dan jangan jadikan ianya
sebagai satu lubang dari lubang2 api neraka...
Aamiin... ..

Nasihat Kubur:

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..
Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..
Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..
Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..
Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak
mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..

Semoga kita semua dapat mengamalkannya...dengan hati yang seikhlas ikhlasnya.. kerana Allah SWT...

Friday, December 26, 2014

Assalamualaikum..
Macammana laaa..dia boleh lepas bawak balik mai rumah benda yang bahaya lagu tu...
Ishhhh...berani tak bertempat sungguh aihhhh...
Keadaan belakang kawasan rumah yang terlibat dengan kejadian letupan di Taman Ria Mesra 2, Gurun Kedah, petang semalam. - Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Polis percaya anggota tentera yang terkorban dalam letupan bom di Gurun, Kedah semalam ada menyimpan sejenis bom di rumah dan menurut cakap-cakap dibawa balik dari kem tempat mangsa bekerja.

Impak letupan berkenaan telah menyebabkan anggota itu, Ayub Hashim, 37, tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan ia disiasati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

Selain Allahyarham Ayub, seorang anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayub, 8 dan anak lelakinya Mohd Idham Shahmi, 5, turut meninggal dunia.

Difahamkan isteri Ayub Sharifah Haslinda, 37, dan isteri kepada jiran mangsa, Zuraidah Mat Rotbi, 30 cedera parah.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani termasuk ketiga-tiga jenazah mangsa.

Letupan kuat itu turut mengakibatkan 10 buah rumah berhampiran rosak teruk manakala 34 lagi mengalami kerosakan kecil akibat gegaran selain dua kereta turut musnah.

Di aplikasi bual Whatsapp, dilaporkan sudah mula tersebar dakwaan bahawa kes itu disebabkan oleh beberapa butir bom mortar yang dibawa balik oleh mangsa ke rumah dari tempat kerjanya di Kem Hobart di Gurun.

LetupanKedah_2
LetupanKedah_3
LetupanKedah_4
Letupan tercetus apabila ada percikan api terhasil ketika Ayub menggergaji sebutir daripada bom mortar itu sehingga ia menyambar serbuk letupan dalam bom itu sekaligus menyebabkan ia meledak.

Difahamkan ia turut menyebabkan baki bom yang lain meletup.

Dakwaan lain, mangsa membawa balik bom-bom mortar berkenaan dengan meletakkannya di dalam but kereta bagi mengambil kelonsongnya yang diperbuat dari tembaga untuk dijual.

Polis Kedah dijangka akan mengadakan sidang media dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu hari ini.

Sumber...http://mynewshub.cc/2014/12/25/letupan-di-gurun-mangsa-bawa-balik-bom-mortar-dari-kem/

Allahu Akbar....

Assalamualaikum...

Ya Allah...teruknya bencana alam yang Allah turunkan kat Negara kita kali ni....seram sedih semuanya ada bila Kak Ros tengok gambar2 kat bawah....berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Semoga semua saudara2 kita yang menjadi mangsa disana banyak2lah bersabar,tabah dan sentiasalah ingatkan Allah SWT...semuanya hak milik Allah..semuanya datang dari Allah...

Sama2lah kita berdoa semoga semuanya kembali seperti sedia kala....


















Thursday, December 18, 2014

Terpaksa demi selamatkan suami..


Assalamualaikum...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...bersyukur pada Allah.. kita tak diberi dugaan yang macam ni...

Semoga suaminya cepat sembuh..,semoga dia tabah menghadapinya dan semoga Allah permudahkan segala galanya..

.

Fuzhou: Seorang wanita cuba menjual bayi perempuannya di jalan raya dalam usaha mengumpul wang untuk membayar kos rawatan suaminya yang cedera parah.

Wanita berkenaan, Ni Qiong, dilihat melutut berhampiran perhentian bas sebuah hospital di sini sambil memegang poster kecil berbunyi: "Saya ingin jual anak saya: Majikan menghilangkan diri selepas suami saya cedera ketika bekerja. Kami tidak mampu membayar kos rawatan. Saya berharap untuk menjual anak saya untuk menyelamatkan bapanya."

Orang ramai yang lalu-lalang di depannya memberinya wang. Ada juga yang memberinya makanan, tetapi Ni masih menangis sambil menggendong bayi itu di belakangnya sementara dua lagi anak perempuannya berdiri berhampiran.

Suaminya, Zhou Guixing jatuh dari bangunan tiga tingkat ketika bekerja Khamis lalu.

Majikannya memberikannya wang berjumlah 7,000 yuan (RM3,940) sebelum menghilangkan diri.

Sumber...http://www.hmetro.com.my/node/17006

Wednesday, December 17, 2014

Sekadar pengetahuan...

Assalamualaikum...

Pagi ni ada sahabat Kak Ros share video ni dengan Kak Ros...Kak Ros pun dah cari lama jugak dah video ni....saja ja nak share dengan kawan2....kannya apa...cuma sekadar untuk pengetahuan ja...

Mai kita layan sat video ni....

Tuesday, December 16, 2014

Astagfirullah hal azim....


Assalamualaikum...

Astagfirullah hal azim....bila tengok gambar ni macam2 Kak Ros rasa..sedih ada...kesian ada...marah pun ada...
Ingat lah adik2,..anak2 perempuan kat luar sana..apa yang kita tengok ni ambik lah sebagai satu pengajaran buat kita..

Kak Ros tak tau lah apa masaalahnya perempuan yang kat dalam gambar ni..tapi kalau lah ni semua terjadi sebab ketelanjuran dia..wajiblah dia bertaubat dan kita semua haruslah membantunya..

Pikirlah wahai semua wanita...(peringatan buat diri Kak Ros jugak nih)...pertama sekali takutlah dengan Allah...kedua apabila terjadinya macam ni hanya wanita seorang saja yang akan menanggung segala galanya..dari mengandung..menanggung malu hinggalah melahirkan..kalau tersilap langkah kedua2 nyawa akan melayang...

Mana perginya pasangan kita..?...langsung tak nampak batang hidung...


TEMERLOH – Seorang wanita berjaya ditahan oleh orang awam ketika cuba melarikan diri dan meninggalkan bayi yang baru lahir dalam semak di bandar ini, pagi tadi.

Wanita yang berusia lingkungan 20-an itu berjaya dihalang dari cuba melarikan diri setelah melahirkan bayinya dalam semak.

Wanita itu dikatakan cuba bersalin sendiri di dalam semak menyebabkan banyak tumpah darah.

Menurut sumber, wanita terbabit enggan bersalin dan mendapatkan rawatan di hospital kerana takut rahsianya terbongkar. Ketakutannya itu memaksa dirinya mengambil tindakan drastik sehingga membahayakan nyawa diri dan bayinya.

Si ibu dan bayi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Related Posts with Thumbnails