Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 2, 2015

Subhanallahhh....

Assalamualaikum...

Subhanallahhhh....

OMAN:
Menjadi viral di laman sosial di negara Arab berkenaan beberapa keping gambar seekor anjing telah menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir yang dibuang oleh ibunya.

Memetik laporan alfajertv.com, ini adalah kejadian seumpamanya berlaku di dunia di mana seekor anjing menyelamatkan seorang bayi menggunakan rahangnya.

Menurut seorang lelaki yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan, Elly Baiqtloha berkata, anjing berkenaan telah menggonggong anak kecil yang masih bertali pusat berkenaan dan menuju ke sebuah rumah berhampiran.

Selepas mengambil bayi berkenaan dari anjing tersebut ternyata ia masih hidup dan pemilik rumah terus membawa bayi berkenaan ke Hospital Sohar untuk mendapatkan rawatan.






Bagi membuktikan kesahihan berita ini kami terjumpa laporan portal berita Emirates247 di mana ia turut melaporkan kejadian berkenaan.

Menurut portal berkenaan, gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa minggu lalu di mana katanya ia mungkin terjadi di dalam salah satu negara "Gulf Kingdom".

Gulf Kingdom terdiri daripada Iran, Iraq, Kuwait, Saudi Arabia, Qatar, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman.

Kini gambar berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia di mana netizen tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.

Friday, August 21, 2015

20 kgs (45 pounds) of plastic removed from bull's stomach in India


Assalamualaikum...

Tengoklah apa yang ada kat dalam perut lembu ni....



Ehsan Youtube.....

Saturday, January 24, 2015

Situasi yang belum pernah kita lihat..


Assalamualaikum..

Alah bisa tegal biasa...sebab tu lah dia dah tak kisah dah bila menyambut sendiri bayinya semasa pembedahan dijalankan...berani betoi ibu ini kan...kalau Kak Ros memang tak berani he he....

Seorang wanita yang sudah mempunyai sembilan orang anak telah mengejutkan ramai dengan menarik sendiri kedua-dua anak kembarnya dari perut ketika melahirkan anak secara pembedahan caesarean.

Gerri Wolfe dari Australia membuat keputusan sebegitu kerana telah bosan dengan prosedur pembedahan yang sudah dianggap biasa kerana telah banyak kali dia melaluinya. Katanya ini adalah pembedahan kali kelima untuknya.


Kata Gerri, dia kecewa bila sekali lagi doktor memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan kerana kandungannya mengalami masalah pada usia 36 minggu. Sebab itu dia nekad untuk melakukan sesuatu kelainan. Biarpun pada mulanya doktor enggan membenarkannya.

Namun bila Gerri bertegas, doktor akhirnya akur dan membenarkannya untuk menarik keluar sendiri kedua-dua anak kembarnya. Pada hari pembedahan, Gerri hanya dibius separuh badan dan dipakaikan sarung tangan.

Dengan arahan doktor, Gerri memasukkan tangannya ke dalam perut dan menarik sendiri bayinya. Diikuti beberapa minit kemudian, sekali lagi dia diminta masukkan tangan untuk menarik bayi kembar yang kedua pula.

Kembar yang diberi nama Matilda dan Violet itu dilahirkan dengan berat masing-masing 3.04kg dan 2.54kg.


Related Posts with Thumbnails