Sahabat adalah perisai diri

Friday, March 10, 2017

Perumpamaan dari sebatang pensil..

Assalamualaikum...

Semoga kita semua dirahmati Allah...
Petang ni Kak Ros nak kongsi ngan hampa semua satu cerita tauladan perumpamaan dari sebatang pensil...

Kalau kita tengok ia dari sudut sebatang pesil...biasalah pasti kita akan nampak macam tak ada apa pun yang istimewanya dengan pensil ni kannn..tapi sebaliknya, terdapat banyak sangat kisah2,kenangan2 dan perumpamaan2 yang selalunya lahir dari sebatang pensil niii...

Salah satu contohnya seperti kisah kat bawah ni lah...mai sama2 kita baca..InsyaAllah semoga kita semua akan mendapat menfaat dan tauladan dari cerita ini...

Ehsan google

Seorang cucu sedang menemani neneknya menulis. Lepas tu dia tanya nenek dia, "Nenek tulis pasal siapa? Pasal saya ke?" .. Nenek dia senyum dan meletakkan pensil yang dipegangnya tadi. Lepas tu nenek dia cakap...

"Memang sebenarnya nenek tulis pasal kamu. Tapi ada yang lebih penting daripada isi penulisan ini, iaitu pensil yang nenek pegang tadi. Nenek berharap kamu akan menjadi seperti pensil apabila kamu besar nanti".. Si cucu yang tak faham maksud nenek dia, terus berkata bahawa semua pensil tu sama je rupanya, takde yang special pun.

Nenek itu menjawab : "Sebenarnya pensil ini mempunyai 5 kualiti tersembunyi yang boleh buat hidup kita menjadi tenang. Kalau kamu ingin berjaya, peganglah prinsip dari sebatang pensil ini dalam hidup".. Kemudian nenek itu menghurai satu-satu kebaikan dari sebatang pensil itu, yang boleh menjadi manfaat untuk perjalanan hidup.

PERTAMA

Pensil ini akan mengingatkan kita untuk membuat perkara yang hebat-hebat dalam hidup ini. Yang menjadikan pensil ini berfungsi adalah tangan yang membimbing untuk menulis. Begitu juga hidup kita seharian, bila kita sebut nama Allah, insyaAllah Allah akan membimbing kita. Jika pensil itu dituntun oleh tangan, maka Allah adalah penuntun yang terbaik dalam kehidupan kita.

KEDUA
Kadangkala, bila menggunakan pensil, matanya akan jadi tumpul. Kita perlu asah pensil ini supaya tajam kembali. Semasa asah, mungkin pensil ini berasa sakit, namun selepas diasah, ianya menjadi tajam. Begitu juga dalam kehidupan. Kita tidak akan lari dari berasa susah dan menderita, namun kesusahan yang kita rasanya, adalah perkara yang akan menjadikan kita orang yang lebih baik.

KETIGA

Bila ada pensil, mestilah ada pemadam. Pemadam berfungsi memperbaiki kesalahan kita semasa menulis. Dalam kehidupan, adakalanya muncul orang yang menegur kesilapan kita. Disebalik teguran itu, kita boleh memperbaiki kelemahan diri.

KEEMPAT

Bahagian yang paling penting adalah bahagian dalam sebatang pensil. Ianya ibarat siapa kita dalam diri kita.

KELIMA
Sebatang pensil selalunya akan menimbulkan tanda. Seperti sebuah kehidupan, kita akan meninggalkan kesan jika tersalah perbuatan atau percakapan. Sentialah berhati-hati atas segala tindakan kita pada orang lain atau diri sendiri.


7 comments:

  1. Kalau gitu pen pun sama jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Adam..

      Ya sama..cuma satu ja yang tak sama..pen tak boleh diasah he he...

      Delete
  2. Pengajaran yang selalunya tidak pun kita hiraukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakcik Nur..

      Ya betoi tu Kakcik Nur...sedangkan ia amat2 berguna buat kita semua...

      Delete
  3. betul... setuju sgt!

    P/S NOTE TO MYSELF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dear anies..

      Yaaa..tauladan dan perumpamaan yang sangat baik kan anies...

      Delete

Related Posts with Thumbnails