Sahabat adalah perisai diri

Friday, June 30, 2017

Astaghfirullah Hal Azim

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin buat semua saudara2 Kak Ros yang masih ingatkan Kak Ros walaupun Kak Ros jarang2 dah lani masuk singgah kat sini he he...masa tak mengizinkan..

Semoga kita semua dapat merayakan hari lebaran ni dengan penuh kegembiraan dan jangan sampai ada yang terpaksa bersedih dengan kecuaian atau kelalaian kita sendiri..

Hari ni Kak Ros ada terbaca satu berita pasai adik Muhammad Aniq Mohd Sharudin ni, berita dia ada kat bawah ni..kesian sungguh tak sampai hati Kak Ros nak tengok..dalam usia dia yang baru mencecah 10 bulan ja dia dah kena tanggung kesakitan yang amat sakit...

Semoga Allah memberi kesembuhan yang cepat buat Adik Muhammad Aniq Mohd Sharudin .


BAYI lelaki berusia 10 bulan melecur lebih 50 peratus selepas terkena air rebusan ketupat dalam kejadian Sabtu lalu.

Difahamkan, insiden menimpa Muhammad Aniq Mohd Sharudin berlaku di rumahnya di Ayer Keroh.

Ketika kejadian Muhammad Aniq dikatakan berada di dalam kerusi jalan bayi (walker) sebelum mencapai periuk rebusan ketupat dan tertumpah ke badan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan dipantau rapi oleh doktor.

“Keadaannya sudah stabil bagaimanapun masih lagi tidak sedar kerana dibawa pengaruh ubat.

“Kemalangan ini tidak dijangka dan diharap dia dapat sembuh dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas melawat bayi berkenaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Idris turut mengingatkan ibu bapa sentiasa memberi perhatian penuh kepada anak.
"Saya juga menyeru agar sama-sama kita mendoakan kesembuhan bayi ini," katanya.

Sumber..http://www.hmetro.com.my/
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2017 @ 5:30 PM

1 comment:

  1. aduh sakitnya... sian budak tu

    sbb tu dapur mmg tak sesuai utk baby.... banyak bahaya yg terjd kalau kita leka... tak blh nk salahkan diaorg sbb diaorg tak paham lg apa bahaya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails