Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 30, 2017

Baru Tahu Apa Itu Mati Lemas Sekunder ..

Assalamualaikum..

Kak Ros ada terbaca satu kisah nii..rasa terpanggil pulak utk share ngan sahabat2 semua...sebab Kak Ros tengok bila tiba ja waktu cuti sekolah, banyak keluarga2 yang suka bawak anak2 depa ni p mandi manda tak kira lah kat kolam renang ka..kat Lagoon ka...apa2 pun janganlah biarkan depa ni mandi sorang2...kita mesti kena sentiasa pantau..
Mana2 budak pun, memang depa suka sangat aktiviti2 bermain dengan air nih...bagi depa sejam 2 jam dok berendam dalam air tu pun tak pa lagi...bukannya depa tau ada bahaya ka tak..

Kak Ros tak pernah lagi dengar kes yang macam nih..sama2lah kita beringat...nak tau lebih lanjut cerita dia,mai baca kat bawah nih...

Kredit gambar: Pixabay

Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Balik Mandi Dari Kolam Renang: Apa Ibu Bapa Harus Tahu!

Ibu mangsa tak mengesyaki apa-apa bila anaknya Johnny, 10 tahun terus masuk tidur selepas keletihan seharian bermain di kolam renang. Rupa-rupanya...

Biasalah, selepas seharian bermain di kolam renang -- anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari, kerana teruja "jumpa" air. Sebab itu Cassandra Jackson, 41 tahun tidak mengesyaki apa-apa selepas anaknya mandi di kolam renang.

Menurut berita yang disampaikan pada ABC News.com, Jackson membawa Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Sambil diperhatikan oleh Jackson, Johnny bermain hampir 45 minit dalam kolam.

Johnny memakai pelampung di kedua-dua tangan. Namun, selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terkencing dalam seluarnya sebanyak dua kali dan kerap mengadu keletihan.

Selepas mereka pulang ke rumah, Johnny membilas badan dan terus masuk tidur. Ibunya menganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, Jackson masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas!

"Saya golekkan dia ke tepi, dan badannya sangat lemah. Badannya juga sudah bertukar kebiru-biruan," jelas Jackson dalam esak.

Beliau terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.

Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan punca kematian adalah akibat mati lemas sekunder.

Apa itu mati lemas sekunder?

Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein -- mati lemas sekunder terjadi kerana paru-paru tercedera selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru.

"Biasanya, mati lemas utama terjadi apabila anda tersedut air dan tidak boleh bernafas, lalu lemas. Tapi dengan mati lemas sekunder, anda boleh maut apabila air memasuki paru-paru dengan sedikit saja. Bagi kanak-kanak, air sebanyak empat auns sudah mampu untuk membunuh mereka," jelas Epstein lagi.

Mati lemas sekunder mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang. Epstein juga menambah jenis cecair yang memasuki paru-paru kanak-kanak juga memainkan faktor utama untuk membawa maut.

Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal badan untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.

Akibatnya, paru-paru dipenuhi cecair.

"Selepas itu, terjadi Edema Paru-Paru -- keadaan di mana terdapat pengumpulan cecair dalam paru-paru dan mengakibatkan serangan jantung apabila oksigen tidak dapat masuk ke aliran darah.

Tanda-tanda mati lemas sekunder - ibu bapa harus peka!

Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka.

Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:

Batuk
Sakit dada
Sukar bernafas
Kelihatan amat letih

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
Bagaimana ingin mengelaknya

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan hampir 3,582 kes mati lemas secara tidak sengaja berlaku di sana sejak tahun 2005. Daripada data yang baru diperoleh, lebih daripada satu per empat mangsa kes mati lemas adalah kanak-kanak yang berusia bawah daripada 14 tahun.

Kuncinya di sini adalah peka. Tetapi, anda juga boleh mencuba perkara ini untuk mengelak kes mati lemas sekunder:
Kredit gambar: Pixabay

Belajar berenang. Kanak-kanak yang sudah belajar berenang (dengan jurulatih) akan lebih selesa dalam air. Jadi, mereka tidak akan berendam dan "tertelan" air. Mula ajar anak anda berenang selepas mereka berusia 4 tahun.

Pemerhatian. Tiada cara lain, anda harus pantau anak-anak yang bermain dalam kolam. Pastikan mereka mematuhi peraturan di kolam renang.

Keselamatan dalam air. Kanak-kanak harus memakai pelampung dan tak memasuki kolam renang dewasa.
Perhati anak selepas berenang. Anda harus periksa tanda-tanda ini! Kalau anda tak peka...

Friday, March 10, 2017

Perumpamaan dari sebatang pensil..

Assalamualaikum...

Semoga kita semua dirahmati Allah...
Petang ni Kak Ros nak kongsi ngan hampa semua satu cerita tauladan perumpamaan dari sebatang pensil...

Kalau kita tengok ia dari sudut sebatang pesil...biasalah pasti kita akan nampak macam tak ada apa pun yang istimewanya dengan pensil ni kannn..tapi sebaliknya, terdapat banyak sangat kisah2,kenangan2 dan perumpamaan2 yang selalunya lahir dari sebatang pensil niii...

Salah satu contohnya seperti kisah kat bawah ni lah...mai sama2 kita baca..InsyaAllah semoga kita semua akan mendapat menfaat dan tauladan dari cerita ini...

Ehsan google

Seorang cucu sedang menemani neneknya menulis. Lepas tu dia tanya nenek dia, "Nenek tulis pasal siapa? Pasal saya ke?" .. Nenek dia senyum dan meletakkan pensil yang dipegangnya tadi. Lepas tu nenek dia cakap...

"Memang sebenarnya nenek tulis pasal kamu. Tapi ada yang lebih penting daripada isi penulisan ini, iaitu pensil yang nenek pegang tadi. Nenek berharap kamu akan menjadi seperti pensil apabila kamu besar nanti".. Si cucu yang tak faham maksud nenek dia, terus berkata bahawa semua pensil tu sama je rupanya, takde yang special pun.

Nenek itu menjawab : "Sebenarnya pensil ini mempunyai 5 kualiti tersembunyi yang boleh buat hidup kita menjadi tenang. Kalau kamu ingin berjaya, peganglah prinsip dari sebatang pensil ini dalam hidup".. Kemudian nenek itu menghurai satu-satu kebaikan dari sebatang pensil itu, yang boleh menjadi manfaat untuk perjalanan hidup.

PERTAMA

Pensil ini akan mengingatkan kita untuk membuat perkara yang hebat-hebat dalam hidup ini. Yang menjadikan pensil ini berfungsi adalah tangan yang membimbing untuk menulis. Begitu juga hidup kita seharian, bila kita sebut nama Allah, insyaAllah Allah akan membimbing kita. Jika pensil itu dituntun oleh tangan, maka Allah adalah penuntun yang terbaik dalam kehidupan kita.

KEDUA
Kadangkala, bila menggunakan pensil, matanya akan jadi tumpul. Kita perlu asah pensil ini supaya tajam kembali. Semasa asah, mungkin pensil ini berasa sakit, namun selepas diasah, ianya menjadi tajam. Begitu juga dalam kehidupan. Kita tidak akan lari dari berasa susah dan menderita, namun kesusahan yang kita rasanya, adalah perkara yang akan menjadikan kita orang yang lebih baik.

KETIGA

Bila ada pensil, mestilah ada pemadam. Pemadam berfungsi memperbaiki kesalahan kita semasa menulis. Dalam kehidupan, adakalanya muncul orang yang menegur kesilapan kita. Disebalik teguran itu, kita boleh memperbaiki kelemahan diri.

KEEMPAT

Bahagian yang paling penting adalah bahagian dalam sebatang pensil. Ianya ibarat siapa kita dalam diri kita.

KELIMA
Sebatang pensil selalunya akan menimbulkan tanda. Seperti sebuah kehidupan, kita akan meninggalkan kesan jika tersalah perbuatan atau percakapan. Sentialah berhati-hati atas segala tindakan kita pada orang lain atau diri sendiri.


Tuesday, March 7, 2017

Assalamualaikum...

Semoga semua diberi Allah kesihatan yang baik...

Agak lama jugak la Kak Ros tak mai ziarah kat sini..rindu pulak qasa...nak buat macam mana kan,Kak Ros tak ada masa he he...sawang pun dah penuh dah nih he he...terima kasih la buat semua kawan2 yang masih lagi sudi mai melawat Kak Ros kat sini..bila ada masa nanti,Kak Ros akan p melawat qumah hampa semua....InsyaAllah...

Kak Ros jumpak dan simpan gambaq ni kat dalam almari dah lama dah... bila tengok permandangan dia qasa sungguh nyaman ...tenang ja jiwa ni bila dapat tengok suasana yang macam nih.....tu yang Kak Ros nak share ngan hampa semua tu he he...

Syukur Kak Ros pada Allah SWT kerana dibagi kita peluang dapat melihat semua keindahan ciptaanNya nih....walaupun seqam sejuk Kak Ros tengok jalan dia tuqun bukit berliku liku macam tuuu he he....



Related Posts with Thumbnails